Saturday, January 1, 2011

Happy New Year

Tahun 2010 sudah melabuhkan tirainya. Kini, tahun 2011 pula membuka tirai. Apa yang aku boleh simpulkan...Tahun 2010 merupakan tahun yang penuh suka dan duka. Tapi aku rasa, tahun 2010, lebih banyak suka daripada duka. Boleh dikatakan, tahun 2010 telah menjadikan aku seorang yang lebih matang. Sesuailah dengan umur aku yang kini telah menjangkau 17 tahun(2011). Mustahillah kalau aku nak act like a child kan. Tahun 2010 juga merupakan tahun yang memerlukan aku banyak berfikir dan membuat keputusan. And for sure, aku rasa bingung and confuse sangat. Tak tau yang mana lagi elok, yang mana yang lebih baik..Yang mana yang lebih bagus untuk aku. Boleh dikatakan bahawa aku takut untuk memilih/membuat keputusan. Takut sekiranya keputusan aku itu salah dan akan menjejaskan diri dan keluarga aku. Akhir 2010, aku sedar. Aku kena berani membuat keputusan. Kesan dari keputusan itu, kenalah aku hadapinya dengan berani dan tenang.


Tahun 2011, aku tidak tahu bagaimana perjalanan hidup aku nanti. Adakah lebih baik dari tahun sebelumnya atau lebih teruk dari tahun sebelumnya. Azam aku tahun ni, untuk menjadi orang yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Azam aku tahun ni juga, untuk mencapai 9A+ dalam SPM aku. Mungkin ada orang kata tak mungkinlah. Tapi tak mustahil kan?? Insya-Allah, aku akan cuba sehabis baik untuk SPM tahun ni. 
Hwaiting!!!


Hari ini, malam ni, saat ni, last aku update blog terchentaku ini. Esok aku dah masuk ke asrama.I Hope everything will be fine.
Amin...

No comments:

Post a Comment

Followers