Sunday, April 24, 2011

Sharing is Caring

Assalamualaikum. Yuhuuu!!!!Hehehe... Dah lama gile aku
tak update blog aku nie...
Bulan ni aku sibuk sangat-sangat...
Tiap2 minggu, mesti ada jerr aktiviti..
Sebab tu lah aku suka duduk asrama..
Walaupun memenatkan, aktiviti2 tu
semua terbaik wokkk..
Minggu ni kitorang ada aktiviti S.O.G.E
Sayunx giler tak dapat ikut...
Cuz aku kena pergi JB..Ada hal sikit..
Ok lah. Berbalik pada tajuk yang di atas sana tu,
ak nak share something dekat korunx.
And aku harap sangat korunx dapat amalkan
Okeyh??!!
2 or 3 minggu yang lalu, mahasiswa n mahasiswi
from UNISZA datang dekat sekolah kitorng.
SMKSR.
Diorang datang untuk bagi motivasi tentang keyakinan diri..
Ada 10 group and setiap group ada 4 faci.
1 lelaki and 3 perempuan..
Memang best gile lah.. Lagi2 dengan perangai abang Din/Iz
yang kelakar gile.. Bila bercerita real gile..
Siap ada aksi lagi..Memang tak boleh blah.
Malam terakhir diorang kat SMKSR, faci2 tu kena bagi
tazkirah dekat kitorang. So, faci lelaki aku
yang bernama Zuhaili, tapi aku panggil
abang zu, dia turunkan sedikit ilmu dekat kitorang.
Dari tok guru dia. Ilmunya, dia suruh kitorang amalkan
ayat 1000 DINAR.. Dia kata ayat tu bagus sangat-sangat..
Selama nie, dia berpegang dengan ayat tu.
Pas diorang balik, aku pun carilah ayat 1000 Dinar tu.
Lepas salin dalam buku note UNISZA, aku pun
amalkanlah lepas solat and tiap kali sebelum memulakan pelajaran.
Tapi, bila aku ada masalah je, aku akan baca gak ayat ni.
Hasilnya, Alhamdulillah, segala masalah yang menimpa aku
walaupun besar or kecik, aku dapat selesaikannya.
Lagi satu, selalunya kalau kita dapat masalah mesti stress,
and contohlah masalah itu ialah, buku yang korunx dah siap buat latihan,
and korunx kena hantar buku tu esok, hilang... Mesti gelabah gilerr kan..
Dulu..itulah aku..Kadang-kadang, sampai nangis..
Tapi lepas amalkan ayat nie, Alhamdulillah..
Masalah2 tu aku hadapi dengan tenang..Aku pun pelik gak..
Sebab aku bukan seorang yang tenang..
Aku ni harok, riuh, kecoh n kelabut...
Alhamdulillah, aku dah nampak kesan ayat nie.
Terima kasih sangat2 dekat abang zu cuz bagitau aku ayat
1000 Dinar..
Aku pun harap sangat korunx dapat amalkan ayat ni.
Sebab ayat ni tersangatlah bagus..
AKu ajak, tapi aku tak jemput..
Suka hati korunx lah sama ada nak ikut or tak nak..
Yang rugi korunx, bukan aku..
Assalamualaikum.....

Sunday, February 6, 2011

Musibah

I'm Back...!!!Huhuhu..Setelah seminggu lebih aku sakit..Ni yang nak story..Time ari khamis lepas, aku dah start sakit perut..Aku ingatkan senggugut..Biasalah awal2 period..Tapi, sakit tu makin menjadi-jadi..So, masa ari sabtu pukul 5.00 pagi, mak aku bawak aku pergi klinik..Doktor pun bagilah injecton dekat aku..Sakitnyew..Tapi still tak baik..Hari tu jugak dalam kul 10.00 pagi , aku and family aku gerak balik kampung..Ubat cara tradisional..SEBAB... Semua adik beradik aku kena sakit yang sama..PELIK kan?!!Ustaz first aku pergi tu cakap takde pape..Just angin jerr...Dia pun bagilah air penawar..Lepas minum tu, aku okeylah..Adik-adik aku yang lain still sama..Yang lebih menghairankan, sakit nie datang lepas waktu maghrib sampai subuh..Pagi-pagi, kitorang tak rasa sakit pun..Lepas dua hari berlalu, perut aku sakit lagi..Kali ni, gila-gila punya sakit..Mak aku bawak aku pergi hospital, dekat tempat kecemasan..Aku pun diberikan due lagi injection..Sakit..Nurse tu terpaksa masukkan jarum tu berkali-kali sebab dia kata urat aku tak nak timbul..Korunx rasa baik tak lepas tu??Huhuhu..Malangnya, tidak baik..Buat sakit tangan aku jerr..Last-last, paklang aku syorkan seorang ustaz nie..Kenalan dia...Ustaz nie ilmunya banyak..Dia boleh ubat cara jauh..Paklang aku pun call lah ustaz tu..Selepas beberapa sesi, dia pun bagitaulah...Sebenarnya, adik beradik aku nie dah terkena penyakit yang hanya boleh diubati dengan ayat-ayat Al-Quran sahaja..Penyakitnya biarlah rahsia..Lepas dia ubat tu, adik-beradik aku semua baik..Tinggal aku seorang sahaja...Mungkin benda tu still tak ak lepaskan aku lagi..So, ari jumaat 4/2/2010, baru aku baik..Alhamdulillah.......

Friday, January 14, 2011

Home Sweet Home

Lamanya tak update blog nie. Almaklumlah, tahun nie, rumah aku ialah asrama. Minggu ni baru balik. Overall, aku suka duduk asrama. Hahaha..Best kot..Kehidupan aku di asrama dengan dekat rumah memang berbeza. Kalau dekat rumah..Tv, radio, ternet adalah sahabat sejati ku.Huhuhu..Tapi di asrama, bukulah yang menjadi sahabat sejatiku..Yang aku paling suka, sepanjang aku dekat asrama, aku tak pernah terfikir pun nak tengok tv..Kalau dulu, tiap2 hari memang tak boleh lepas..Huhuhu..Ni jelah untuk malam nie..Kepenatan masih melanda lagi..Esok aku update lagi..Insya-Allah...

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year

Tahun 2010 sudah melabuhkan tirainya. Kini, tahun 2011 pula membuka tirai. Apa yang aku boleh simpulkan...Tahun 2010 merupakan tahun yang penuh suka dan duka. Tapi aku rasa, tahun 2010, lebih banyak suka daripada duka. Boleh dikatakan, tahun 2010 telah menjadikan aku seorang yang lebih matang. Sesuailah dengan umur aku yang kini telah menjangkau 17 tahun(2011). Mustahillah kalau aku nak act like a child kan. Tahun 2010 juga merupakan tahun yang memerlukan aku banyak berfikir dan membuat keputusan. And for sure, aku rasa bingung and confuse sangat. Tak tau yang mana lagi elok, yang mana yang lebih baik..Yang mana yang lebih bagus untuk aku. Boleh dikatakan bahawa aku takut untuk memilih/membuat keputusan. Takut sekiranya keputusan aku itu salah dan akan menjejaskan diri dan keluarga aku. Akhir 2010, aku sedar. Aku kena berani membuat keputusan. Kesan dari keputusan itu, kenalah aku hadapinya dengan berani dan tenang.


Tahun 2011, aku tidak tahu bagaimana perjalanan hidup aku nanti. Adakah lebih baik dari tahun sebelumnya atau lebih teruk dari tahun sebelumnya. Azam aku tahun ni, untuk menjadi orang yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Azam aku tahun ni juga, untuk mencapai 9A+ dalam SPM aku. Mungkin ada orang kata tak mungkinlah. Tapi tak mustahil kan?? Insya-Allah, aku akan cuba sehabis baik untuk SPM tahun ni. 
Hwaiting!!!


Hari ini, malam ni, saat ni, last aku update blog terchentaku ini. Esok aku dah masuk ke asrama.I Hope everything will be fine.
Amin...

Followers