Friday, January 14, 2011

Home Sweet Home

Lamanya tak update blog nie. Almaklumlah, tahun nie, rumah aku ialah asrama. Minggu ni baru balik. Overall, aku suka duduk asrama. Hahaha..Best kot..Kehidupan aku di asrama dengan dekat rumah memang berbeza. Kalau dekat rumah..Tv, radio, ternet adalah sahabat sejati ku.Huhuhu..Tapi di asrama, bukulah yang menjadi sahabat sejatiku..Yang aku paling suka, sepanjang aku dekat asrama, aku tak pernah terfikir pun nak tengok tv..Kalau dulu, tiap2 hari memang tak boleh lepas..Huhuhu..Ni jelah untuk malam nie..Kepenatan masih melanda lagi..Esok aku update lagi..Insya-Allah...

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year

Tahun 2010 sudah melabuhkan tirainya. Kini, tahun 2011 pula membuka tirai. Apa yang aku boleh simpulkan...Tahun 2010 merupakan tahun yang penuh suka dan duka. Tapi aku rasa, tahun 2010, lebih banyak suka daripada duka. Boleh dikatakan, tahun 2010 telah menjadikan aku seorang yang lebih matang. Sesuailah dengan umur aku yang kini telah menjangkau 17 tahun(2011). Mustahillah kalau aku nak act like a child kan. Tahun 2010 juga merupakan tahun yang memerlukan aku banyak berfikir dan membuat keputusan. And for sure, aku rasa bingung and confuse sangat. Tak tau yang mana lagi elok, yang mana yang lebih baik..Yang mana yang lebih bagus untuk aku. Boleh dikatakan bahawa aku takut untuk memilih/membuat keputusan. Takut sekiranya keputusan aku itu salah dan akan menjejaskan diri dan keluarga aku. Akhir 2010, aku sedar. Aku kena berani membuat keputusan. Kesan dari keputusan itu, kenalah aku hadapinya dengan berani dan tenang.


Tahun 2011, aku tidak tahu bagaimana perjalanan hidup aku nanti. Adakah lebih baik dari tahun sebelumnya atau lebih teruk dari tahun sebelumnya. Azam aku tahun ni, untuk menjadi orang yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Azam aku tahun ni juga, untuk mencapai 9A+ dalam SPM aku. Mungkin ada orang kata tak mungkinlah. Tapi tak mustahil kan?? Insya-Allah, aku akan cuba sehabis baik untuk SPM tahun ni. 
Hwaiting!!!


Hari ini, malam ni, saat ni, last aku update blog terchentaku ini. Esok aku dah masuk ke asrama.I Hope everything will be fine.
Amin...

Followers