Friday, December 31, 2010

Sorry-Sorry

Tahun baru bakal menjelma 1 hari lagi. Maknanya, esok lah kan. Justeru, aku nak minta maaf dekat kawan-kawan aku sekiranya aku ada buat salah. Mungkin aku ada sakitkan hati korunx sama ada dalam bentuk sedar mahupun tidak. Sebagai manusia, kita memang tidak lari dari melakukan kesalahan. Bezanya sama ada kesalahan kecik ataupun besar. Tapi actually, takde beza sangat pun. Dah namanya salah. Tak kiralah sekecik kuman mahupun sebesar gajah, tetap dipanggil kesalahan kan. Aku pun dengan besar hati memaafkan kesalahan yang pernah kawan-kawan aku lakukan. 


"Let's forgive and forget"


Itulah kata-kata yang aku pegang selama ini. Kalau kawan or orang lain buat salah dekat aku, aku akan maafkan dia though dia tak pernah minta maaf. Sekalipun orang tu sakitkan hati aku sampai aku rasa elok mati jerr budak ni, aku still maafkan dia. Bagi aku, hidup ni ibarat roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. So, bila dia buat aku macam tu, tak mustahil suatu hari nanti, aku or orang lain akan buat perkara yang sama pada dia. Bukan sikit jerr. Malah dua kali ganda. Biarlah orang buat aku, jangan aku buat orang.

No comments:

Post a Comment

Followers